Soalan lazim

Ia adalah aplikasi untuk keselamatan tambahan untuk perjalanan ke Malaysia dari telefon pintar anda.
Ciri utama My Tourist Assist adalah ciri SOS yang menghubungkan anda ke talian kecemasan anda jika anda berada dalam keadaan panik. Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri yang akan memberikan arahan untuk anda ke Balai Polis, Hospital, Farmasi, ATM, Kedutaan, Stesen Kereta Api atau Stesen Pam Minyak yang terdekat.
My Tourist Assist adalah aplikasi yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Sebagai pelancong, keselamatan anda amat kami titikberatkan. Dalam memastikan perjalanan yang lebih selamat untuk semua pelancong, My Tourist Assist akan memberi amaran kepada kenalan kecemasan anda, jika anda berada dalam kesusahan akibat penyakit, kemalangan atau keadaan panik. Kenalan kecemasan boleh memberi amaran kepada Perkhidmatan Respon Kecemasan Malaysia (MERS) untuk bantuan segera dan pertolongan.
My Tourist Assist boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play.

My Tourist Assistâ„¢ adalah aplikasi yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store.